Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Berapa kalikah guru layak mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari, setelah menghabiskan kemudahan Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 360 hari?

Tiada had. Kemudahan Cuti Bersalin Separuh Gaji adalah cuti bersalin yang dibayar separuh emolumen dan hanya diperuntukkan kepada guru yang mengajar selama 14 hari dalam penggal sekolah. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran.

Berdasarkan Perenggan 6.2 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2017, guru (yang mengajar) yang telah menggunakan kelayakan maksimum 360 hari kemudahan Cuti Bersalin Bergaji Penuh, tempoh Cuti Bersalin adalah seperti berikut:

(a) Semasa penggal sekolah , guru (yang mengajar) boleh:

  • mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari; dan
  • mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji (jika masih tidak mencukupi) atau Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan cuti bersalin di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2014 (jika masih tidak mencukupi); ATAU
  • menggunakan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin mulai dari tarikh bersalin di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2014.

(b) Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam cuti bergaji penuh.

  • Puan Khadijah, Pembantu Pengurusan Murid telah mengambil Cuti Bersalin 14 hari lebih awal dari tarikh dijangka bersalin (3/3/2015 hingga 16/3/2015). Namun demikian, beliau hanya bersalin pada 20/3/2015. Adakah beliau boleh memberikan Sijil Sakit kepada Ketua Jabatan bagi tempoh 3 hari (17/3/2015 hingga 19/3/2015)?

Tidak. Sijil Sakit tidak boleh diterima bagi tempoh 3 hari tersebut (17/3/2015 hingga 19/3/2015) kerana tempoh Cuti Bersalin pegawai hendaklah dikira mulai 3/3/2015 hingga 1/5/2015 iaitu selama 60 hari (jika pegawai mengambil Cuti Bersalin 60 hari).

  • Kongsi