Puan Badariah, Pembantu Tadbir telah menggunakan 360 hari kemudahan Cuti Bersalin (60 hari bagi setiap kelahiran). Beliau telah bersalin anak ke-7 pada hari Kelepasan Am. Bilakah Cuti Bersalin pegawai bermula?
Cuti Bersalin bermula dari tarikh pegawai bersalin iaitu pada hari Kelepasan Am dan disambung dengan Cuti Rehat yang berkelayakan (pengiraan Cuti Rehat adalah yang melibatkan hari bekerja sahaja) dan seterusnya Cuti Bersalin Tanpa Gaji atau Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin. Pegawai juga boleh menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak mulai tarikh bersalin. Pegawai dikehendaki memenuhi tempoh mandatori minimum Cuti Bersalin selama 60 hari.