Bahagian Akaun

Ketua Jabatan
> Encik Rosdi Bin Abu
VISI
Peneraju Kecemerlangan Dalam Pengurusan Perakaunan Dan Kewangan Pengurusan Sektor Awam
MISI
Peneraju Kecemerlangan Dalam Pengurusan Perakaunan Dan Kewangan Sektor Awam
OBJEKTIF
- Melaksanakan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan dengan cekap dan berkesan
- Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian yang tepat dan boleh dipercayai kepada pemegang taruh
- Memastikan transaksi kewangan diperakaunkan dengan tepat dan mematuhi piawaian perakaunan dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa
- Memberi khidmat nasihat yang berkualiti dan berkesan dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik
- Menyediakan maklumat dan laporan pengurusan perakaunan bagi membantu Pengurusan Atasan dalam pembuatan keputusan
FUNGSI

PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan pembayaran dibuat dalam tempoh tiga (3) hari kalendar dari tarikh arahan pembayaran diluluskan oleh PTJ;
Memastikan pembayaran emolumen dibuat mengikut tarikh/jadual hari pembayaran gaji tahunan yang ditetapkan;
Memproses permohonan pendahuluan diri, pinjaman kenderaan dan komputer dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima;
Memberi maklumbalas kepada semua aduan sistem dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima;
Mengeluarkan Laporan Naziran dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh Mesyuarat Penutup bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil oleh Pusat Tanggungjawab; dan
Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian dengan tepat dan lengkap mengikut tarikh yang ditetapkan.
CARTA ORGANISASI

HUBUNGI
| Alamat | Telefon | Faks | Emel (@moe.gov.my) |
| Bahagian Akaun, Aras 8, 10 & 11, Blok E12, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. | 03-88847445 | 03-88896240 | [emel] |