Bahagian Kewangan

Ketua Jabatan
> Encik Yahya bin Ab Ghani
VISI
Menjadi peneraju dalam pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan berintegriti.
MISI
Memantapkan pengurusan kewangan yang berkredibiliti, berintegriti, adil dan berakauntabiliti dalam pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan Kementerian Pendidikan.
OBJEKTIF
Objektif Umum:
Merancang, melaksana, mengawal dan menilai pengurusan kewangan KPM supaya diuruskan secara cekap, ekonomik dan berkesan.
Objektif Operasi:
- Menentukan peruntukan kewangan yang disediakan, diurus dan dibelanjakan secara optimum.
- Memastikan pelaksanaan pengurusan kewangan mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
- Melaksanakan pengurusan kewangan secara cekap, ekonomik dan berkesan.
- Memberi khidmat nasihat pengurusan kewangan
FUNGSI
- Dasar Kewangan KPM
- Peruntukan ABM
- Dasar Pemberian Bantuan Persekolahan
- Kemudahan dan Pembiayaan
- Pakej bagi Majlis / Acara Rasmi Kerajaan
- Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) Peringkat KPM
PIAGAM PELANGGAN
Bahagian Kewangan berjanji akan sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti berasaskan kecekapan, ketepatan, kepantasan dan penuh berintegriti. Dalam hubungan ini, kami akan memastikan perkara-perkara berikut terlaksana:
|
CARTA ORGANISASI
![]() |
HUBUNGI
| Alamat | Telefon | Faks | Emel (@moe.gov.my) |
| Bahagian Kewangan, Aras 6 & 7, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya | 03-8884 7700 |
