Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa

Ketua Jabatan
> Puan Fadzilah binti Fadzil
VISI
Menjadi pemacu strategik dasar pendidikan asas Kementerian Pendidikan (KPM) di peringkat nasional dan antarabangsa.
MISI
Menjadi pendukung pembuatan dasar dan keputusan serta penjalin strategik hubungan antarabangsa dalam bidang pendidikan asas di KPM.
OBJEKTIF
- Menerajui perancangan, penyelarasan, pemantauan dan penilaian hala tuju serta pelaksanaan inisiatif strategik Kementerian selaras dengan dasar-dasar utama Kerajaan;
- Memperkukuh penglibatan Malaysia dalam program-program dan aktiviti-aktiviti sektor pendidikan di peringkat pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan serantau;
- Meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan khususnya dengan negara-negara yang telah menandatangani perjanjian kerjasama;
- Meningkatkan imej dan kepimpinan negara melalui penyertaan dan sumbangan yang berkesan kepada pertubuhan-pertubuhan dan negara-negara yang berkaitan;
- Menyokong usaha-usaha kementerian untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan di rantau Asia Pasifik;
- Menyelaras pengumpulan data asas pendidikan termasuk data asas pendidikan antarabangsa di BPSHA dan menyelaras pengumpulan statistik KPM bagi keperluan Majlis Statistik dan Data Negara (MSDN); dan
- Memastikan semua pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) atau penilaian yang dilaporkan adalah sahih, tepat, dan disokong oleh dokumen pembuktian (verifikasi) yang lengkap sebelum dibentangkan kepada pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan.
FUNGSI
BPSHA - sebuah Bahagian bertanggungjawab terhadap Ketua Setiausaha KPM melaksanakan peranan utama berikut:
- Perancangan Strategik Kementerian
- Menyelaras pembangunan/penambahbaikan dokumen strategik KPM (Pelan Strategik, Rancangan Malaysia dan lain-lain); dan
- Menyelaras, melaksana dan memantau semua aktiviti berkaitan dasar Kerajaan yang diterajui Kementerian/agensi lain daripada semasa ke semasa.
- Urusan Jemah Menteri
- Mengurus dan menyelaras penyediaan Memorandum Jemaah Menteri, Nota Jemaah Menteri, ulasan kepada kertas Jemaah Menteri daripada Kementerian luar serta pengesahan minit/maklum balas Jemaah Menteri bagi KPM.
- Keurusetiaan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM
- Urus setia Mesyuarat Pasca Kabinet, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi serta Mesyuarat Top 7 yang dianggotai oleh Pengurusan Tertinggi Kementerian; dan
- Menyelaras dan menyemak kertas dasar/makluman.
- Penggerak Hubungan Dua Hala (Bilateral)
- Menguruskan perjanjian-perjanjian kerjasama (MoU) di antara Malaysia dengan negara-negara yang berkepentingan dalam bidang pendidikan;
- Meningkatkan hubungan baik dan kerjasama dua hala Malaysia dengan negara berkaitan dalam bidang pendidikan; dan
- Menjalin dan menguruskan lawatan-lawatan rasmi luar negara.
- Pemacu Hubungan Pelbagai Hala (Multilateral)
- Meningkatkan keterlihatan Malaysia dalam pertubuhan serantau seperti Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC), Organisation of Islamic Cooperation (OIC), Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO), Negara-Negara Komanwel, Group of15 (G15) dan sebagainya khususnya dalam bidang pendidikan.
- Penyelaras Hal Ehwal Suruhanjaya Kebangsaan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) Malaysia
- Bertindak sebagai wakil tunggal UNESCO di Malaysia dalam menyelaras, menasihati dan mengurus hal ehwal berkaitan Malaysia dan UNESCO dalam bidang pendidikan, sains, sains sosial, kebudayaan, komunikasi dan informasi di peringkat nasional dan antarabangsa;
- Menjadi penghubung antara UNESCO dengan Kerajaan Malaysia serta menggalakkan penyertaan kementerian, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan pemegang taruh berkaitan dalam program dan aktiviti selaras dengan bidang kompetensi, keutamaan dan agenda UNESCO di peringkat nasional dan antarabangsa; dan
- Menyelaras hubungan dan penglibatan Malaysia dengan UNESCO melalui Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO (PDTM) di Paris, termasuk penyelarasan pendirian dan dasar dalam bidang kompetensi UNESCO serta penglibatan dengan badan-badan pentadbir UNESCO.
- Data Raya Kementerian
- Menyelaras Data Raya KPM termasuk penyelarasan data KPM dengan agensi luar;
- Menyelaras pengumpulan data asas pendidikan antarabangsa;
- Menyelaras pengumpulan data bagi Kluster Sosial dan Kependudukan (KSK) di bawah Majlis Statistik dan Data Negara (MSDN);
- Menyelia, menambahbaik dan melaksanakan dasar-dasar berkaitan perkongsian data; dan
- Menyelaras urusan pengkomputeran antara Bahagian dengan BPM seperti perisian, pembangunan aplikasi baru KPM, penyelenggaraan komputer, perkhidmatan sokongan teknikal (fungsi Unit ICT, Pentadbiran & Kewangan), membantu mengendalikan latihan kemahiran ICT kepada Bahagian.
- Petunjuk Prestasi Kementerian
- Menyelaras pembangunan dan penetapan Petunjuk Prestasi Utama Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (KPI PPTPA), Outcome Based Budgeting (OBB) dan Sistem Penilaian Demerit Performance Evaluation (DEEP) bagi KPM; daN
- Memantau dan mengawasi pelaksanaan pelan tindakan/program-program yang telah ditetapkan sebagai KPI PPTPA, OBB dan Penilaian DEEP oleh Pengurusan Tertinggi KPM.
PIAGAM PELANGGAN
Kami, anggota Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa berjanji untuk memberi perkhidmatan yang cekap, pantas dan penuh mesra bagi:
- Menyebarkan maklumat mengenai program dan aktiviti anjuran pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan serantau serta negara-negara luar dalam tempoh 3 hari bekerja setelah diterima;
- Memproses dan menyelaras semua permohonan berkaitan program/aktiviti antarabangsa dalam tempoh 15 hari bekerja setelah diterima;
- Memastikan semua urusan persediaan lawatan Kementerian Pendidikan ke luar negara di peringkat Anggota Pentadbiran dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia disempurnakan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh lawatan;
- Menyediakan Nota Ikhtisar untuk sebarang lawatan rasmi delegasi Malaysia ke luar negara dan delegasi luar negara ke Malaysia dalam tempoh 3 hari sebelum tarikh lawatan;
- Memastikan minit mesyuarat-mesyuarat peringkat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja;
- Memastikan penyenaraian statistik di peringkat KPM dan Kementerian-Kementerian di bawah Kluster Sosial dan Kependudukan (KSK) dikemaskini setiap tahun; dan
- Memastikan semua Petunjuk Prestasi Utama (KPI), atau penilaian, disemak, disahkan dan diedarkan kepada pemilik KPI selepas mendapat kelulusan pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan.
CARTA ORGANISASI
HUBUNGI
| Alamat | Telefon | Faks | Emel (@moe.gov.my) |
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, | 03-8884 6109 | bpsha.info@moe.gov.my |
